PENGENALAN
Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara,semua kanak-kanak berhak untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna mengikut keupayaan masing-masing (En. Abd Rahim Bin Talib,2007). Oleh itu, Pendidikan Khas adalah pengajaran yang direkabentuk bagi memenuhi keperluan pendidikan bagi kanak-kanak yang berkeperluan khas.
Pendidikan Khas bukan sahaja perlu diketahui oleh mereka yang berkeperluan khas,ia juga perlu diketahui oleh semua lapisan masyarakat terutama sekali guru di sekolah (Jamila K.A Mohamad,2005). Tanpa pengetahuan tentang pendidikan khas menyukarkan guru untuk mengenalpasti masalah pembelajaran yang dihadapi oleh seseorang murid itu. Tanpa pengetahuan juag menyebabkan pelbagai lontaran stigma diberikan kepada kanak-kanak ini. Ia menyebabkan murid-murid ini dilabelkan sebagai malas, bodoh,degil dan tidak mahu mendengar arahan walhal terdapat keadaan dalaman yang tidak dapat dicapai sebagaimana yang dikehendaki oleh guru.
Individuals with Disabilities Education Act (IDEA) (1990), mengklasifikasikan kanak-kanak berkeperluan khas kepada 13 kategori, manakala Abdullah Yusof, 2006 mengklasifikasikan kepada 8 kategori sahaja dengan merangkumkan beberapa kategori seperti di bawah;